Kemaskini: Ogos 2008

RALK mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:

* makanan seperti beras, biskut, gula, susu, sardin dan lain-lain
* Alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah dan lain-lain
* Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain
* Pakaian (Baru atau Terpakai)
* Wang tunai atau Cek

Makanan : Bahan makanan asas basah dan kering.Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya.

Peralatan Pejabat : ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.

Perlatan Rumah : Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll

Kenderaan : Kereta, van atau bas. ( Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
(Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan, RALK akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)

Sumbangan untuk pembangunan: memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan tetap RALK di Kg. Seri Aman, Batu 13, Puchong. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi.

Sumbangan melalui wang tunai atau cek bolehlah di buat atas nama:

* Pembangunan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200551 (untuk baik pulih / pembangunan asrama baru)
* Rumah Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343531956 (makan / minum utiliti)
* Pusat Pendidikan Limpahan Kasih Malayan Banking Berhad, No akaun: 562777200627 (untuk pendidikan)
* Pengurusan Baitul Hidayah Malayan Banking Berhad, No akaun: 512343532238 (untuk kebajikan / pendidikan saudara baru)

**sila hubungi mereka untuk keperluan terkini!

Monday, August 4, 2008

anak yatim rumah amal limpahan kasih puchong

8 comments:

Puteri_Hati said...

ada x alamat rumah limpahan kasih kat puchong?

zura said...

ada x anak2 yg baru lahir?
klu lelaki lagi bagus..
igt nk ambil ank angkat..

kastam said...

ada x bayi yg bru lahir kat sini?
sy nk cri anak angkat

UNIT AMANAH @ UNIT TRUST said...

Saya mahu mencari anak yatim piatu sebagai anak angkat pd saya suami isteri yg sudah berkahwin 6 thn masih tiada anak. harap dpt hubungi saya 0123586113 nisa.

Emmie Idris said...

Assalamualaikum.

Boleh tak saya daptkan alamat penuh rumah limpahan kasih di puchong? In sha Allah saya mahu menderma pakaian baru/terpakai dan (kebanyakannya utk anak perempuan.

Boleh email saya di emmie.idris@gmail.com atau hubungi 016-9756412 (Emmie Idris)

Fip Ain said...

Assalamualaikum

Mcm mna nk dapatkn alamat tempat ni? Ni no fon sy 0183158318

Firdousz Sabarudin said...

puan boleh terus ke puchong prima dan tanyakan penduduk disitu, penduduk setempat disitu pastu tahu sebab dh dekat sgt dgn kawasan puchong prima.. maaf agak sukar nak terangkan lokasi melalui medium ini... sy penduduk puchong

Muhammad Rozaidi said...

Asalammualaikum, saya ingin mengadakan program motivasi bersama anak-anak yatim di rumah ini. Bagaimana prosedurnya?